Wednesday, February 17, 2016

Bukti 3 : Teknologi dalam Islam

Ciri teknologi yang diutarakan oleh Islam adalah tidak bebas nilai, sebagaimana halnya dengan sains. Ini beerti, kemajuan teknologi yang dihasilkan oleh sains mempunyai arah dan tujuannya tersendiri, dan melihat kepada nilai-nilai akhlak yang terkandung di dalam ajaran Islam.

Kalau dilihat dalam Islam, teknologinya harus bersifat sepadu. Dengan sebab itu sumber alam, seperti udara, tumbuh-tumbuhan, binatang-binatang, galian, air dan lain- lain harus dijaga untuk mengimbangi alam seluruhnya. Perlanggaran terhadapnya atau kerosakan yang dibuat dianggap berdosa. Sumber alam tersebut boleh diterokai untuk dijadikan Bandar, tetapi harus dicari alternatif terhadap penebangan tersebut umpamanya dengan menanam semula. Hal ini kerana, apabila hutan ditebang tanpa gantiannya beerti sistem ekologi alam akan pincang, kandungan oksigen atau lain-lain yang secukupnya akan berkurangan dan seterusnya menambahkan kepanasan suhu bumi. Akibatnya juga akan timbul bencana alam yang lain, kerana tindakan pembangunan teknologi itu. Perkara ini dinyatakan dalam al-Quran yang bermaksud :

“Telah zahir kefasadan (kerosakan) di daratan dan di lautan hasil dari tangan-tangan manusia…”

Sumber Rujukan : Konsep Tamadun Islam (Sains dan Teknologi)
Pengarang : Esa Khalid
Penerbit : UTM
Tahun : 2001

Bukti 2 : Teknologi dalam Islam


Dalam surah Yunus pula Allah berfirman yang maksudnya ;

“Katakanlah, perhatilah apa yang ada di langit dan di bumi”.

Dan firman Allah lagi yang bermaksud :

“Berjalanlah di muka bumi ini, perhatikanlah bagaimana bermulanya sesuatu ciptaan itu”.

Ayat-ayat tersebut jika dilihat dari segi isinya, maka kitab al-Quran mendorong umat Islam untuk berfikir dan menyelidiki rahsia kebesaran Allah dan ciptaanNya. Dengan demikian, dapatlah dikatakan bahawa agama Islam adalah agama untuk berilmu pengetahuan. Hal inilah yang membawa umat Islam kepada puncak kejayaannya pada masa silam, khususnya pada zaman khalifah al-Makmun (813-833 Masihi)
Kemajuan yang dicapai oleh umat Islam bertitik-tolak daripada abad ke-7, tahun pertamanya adalah 622 Masihi. Ia terus menyebar ke seluruh Timur Tengah, Afrika Utara dan Sepanyol pada akhir abad itu juga. Kelahiran dan penyebaran Islam di tengah-tengah kawasan bumi di tempat terdapat banyak peradaban tua seperti di Mesopotamia, Parsi dan Mesir. Di kawasan-kawasan inilah Islam bersentuhan dengan sejumlah sains kuno yang diserapkan sepanjang sains-sains ini bersesuaian dengan semangat Islam.

Sumber rujukan : Konsep Tamadun Islam (Sains dan Teknologi)
Pengarang : Esa Khalid
Penerbit : UTM
Tahun : 2001

Bukti 1: Teknologi dalam Islam

Agama Islam yang bersumberkan alQuran mengajar dan mendidik  umat Islam untuk berfikir dan menganalisis serta mensintesiskan  tentang unsur-unsur kejadian alam semesta berserta isinya agar mendapat faedah daripadanya. Dalam alam semesta ini banyak terkandung simpanan ilmu pengetahuan yang maha kaya di samping ilmu pengetahuan yang tersimpan dalam diri manusia sendiri sebagai mikro kosmos.

Dari alam semesta ini manusia dapat menggali pengetahuan yang pelbagai jenisnya seperti ilmu alam, kimia, geologi, astronomi, geografi, matematik, fizik dan lain-lain. Jadi dengan kemampuan berfikir, menyelidik dan menganalisis, manusia sebagai hamba Allah dapat menemukan ilmu pengetahuan yang bermanfaat bagi kehidupannya. Motivasi untuk aktif dan kreatif dalam mengembangkan ilmu pengetahuan sains dan teknologi itu merupakan ajaran Allah yang tertulis dalam kitab suciNya al-Quran. Allah berfirman sebagai berikut, maksudnya :

“Dan Dia menundukkan untuk kamu segala apa yang ada di bumi (sebagai rahmat daripadaNya). Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kekuasaanNya bagi kaum yang berfikir”.
Dan firmannya lagi, maksudnya :
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kebesaran. Kami di dalam jagat raya ini dan di dalam diri mereka sendiri sampai menjadi jelas bagi mereka bahawa al-Quran itu adalah hak (kebenaran)”.

Sumber rujukan : Konsep Tamadun Islam (Sains dan Teknologi)
Pengarang : Esa Khalid
Penerbit : UTM
Tahun : 2001

KONSEP TAMADUN ISLAM (Sains dan Teknologi)

SINOPSIS

Buku ‘Konsep Tamadun Islam Sains dan Teknologi’ ini dihasilkan bagi tujuan memberikan pengetahuan dan kefahaman mendalam kepada pembaca terutamanya bagi pelajar yang mengambil mata pelajaran Tamadun Islam dan Asia. Buku ini menjelaskan dan membincangkan konsep tamadun Islam daripada pelbagai aspek. Antaranya termasuk definisi, ciri dan tujuan tamadun Islam itu sendiri. Selain itu, penulis menjelaskan secara ringkas tentang sejarah politik tamadun Islam sejak dari zaman awal sehingga ke zaman kejatuhannya.
Penulis turut membincangkan secara analitis konsep sains dan teknologi Islam dengan mengkritik sains dan teknologi Barat. Penulis mengusulkan suatu bentuk alternatif, 
iaitu sains dan teknologi Islam harus dipratikkan di zaman moden ini.

Sumber rujukan : Konsep Tamadun Islam (Sains dan Teknologi)
Pengarang : Esa Khalid
Penerbit : UTM
Tahun : 2001

Sunday, February 14, 2016

Bidang perubatan

Dalam bidang perubatan pula,ada ramai pakar perubatan terkenal di Sepanyol.Ada juga kalangan wanita yang pakar dalam bidang ini.Di Qurtubah kita akan bersua dengan Ahmad bin Iyas yang pakar dalam bidang ubat ubatan.Beliau menulis buku yang amat baik dalam bidang ini yang juga memetik pengalaman Disquridas dan Jalinos.Begitu juga dengan banu Zahar di Shavila yang mewariskan ilmu ini kepada keturunannya dan dimulai oleh Abu Marwan, Abdul Malek yang kemudiannya diikuti oleh anaknya Abu Al-I'laa dan cucunya Abu Marwan.

Wanita Sepanyol yang terkenal dalam bidang perubatan ialah Ummul Hasan binti Qadhi Abu Jaafar At Tanjali.Begitu juga dengan anak perempuan dan cucu saudara Zahar yang terkenal kerana merawat kaum wanita.Kedua-duanya pernah masuk mengubat isteri-isteri al-Mansur.

Perkhidmatan juga diberi oleh doktor-doktor Islam kepada raja Kristian yang berhampiran seperti yang pernah diberi kepada raja Nafar dengan arahan Khalifah Abdul Rahman An Nasir untuk mengubati penyakit lebihan lemak yang dialaminya.



Sumber rujukan : Warisan Tamadun Islam
Pengarang :   Ustaz Wan Alias Wan Abdullah
                    En.Sayuti Haji Chik Tajudin
                    En. Saleh Osman
                    Ustaz Mahamud Abdul

Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kuala Lumour dan Bahagian Hal Ehwal Islam
Jabatan Perdana Menteri
Kuala Lumpur 1993

Bila Golongan Sufi Sahaja Yang Aktif


Jika golongan sufi sahaja yang aktif membaiki masyarakat, akan lahirlah masyarakat yang baik dan berakhlak tetapi mundur dan ketinggalan dalam kehidupan. Mereka hanya berjaya menerapkan Islam dalam beberapa aspek kehidupan tetapi tidak membuat kemajuan dan pembangunan. Oleh hal demikian, ramai yang beranggapan sesiapa yang mengamalkan ajaran agama akan mundur, jumud dan beku kehidupannya. Mereka hilang hormat pada golongan yang cuba mendaulatkan syiar Islam dan merasakan bahawa usaha-usaha golongan itu tidak boleh dijadikan sandaran sistem kehidupan Islam. Sedangkan peranan utama mereka bukan sahaja untuk menyelamatkan soal ukhrawi manusia tetapi juga duniawinya.


Bagaimana golongan yang ingin mendaulatkan syiar Islam boleh diterima sebagai penyelamat jika soal-soal teknologi mereka abaikan ditambah pula dengan kehidupan orang yang lebih canggih daripada kehidupan mereka? Lebih malang lagi, kalau kelihatan seperti mereka pula yang patut diselamatkan? Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak dianggap baik orang yang meninggalkan dunia."


Golongan yang ingin mendaulatkan syiar Islam seharusnya menjadi manusia terbaik. Ia dapat memberi manfaat kepada orang lain sesuai dengan sabda Rasulullah SAW:

"Sebaik-baik manusia adalah manusia yang banyak memberi manfaat kepada manusia lain"


Sudah tentulah dengan kepakaran teknologi yang dikuasai mereka, lebih memudahkan mereka memberi manfaat dan khidmat kepada masyarakat.

Sumber:
Tajuk Buku: Arus Kebangkitan Generasi Muda Islam Secara Global
Pengarang: Roslin Syamsuri
Penerbit: PUSTAKA ILMI
Tahun (cetakan pertama): 1998

Saturday, February 13, 2016

Bukti Sains Dalam Al-Quran

Pergerakan Bumi

a) Az-Zumar (ayat 39:5)


Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya); dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, - tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.



Penciptaan Manusia

a) Al-'Alaq (ayat 1-5)

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (ayat 1)


Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (ayat 2)


Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, (ayat 3)


Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,(ayat 4)

Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (ayat 5)



b) Al-Ra'd (ayat 369:8)

Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu, dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu.



Pergerakan Matahari dan Bulan

a) Yaasin (ayat 38-40)


Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; (ayat 38)


Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering. (ayat 39)


(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. (ayat 40)




Tentang Bentuk Muka Bumi (Gunung-Ganang)

a) Surah An-Naml (ayat 605: 88)

Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap - tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.


b) Al-Anbiyaa' (ayat 499:30)
Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?

Teknologi dalam astronomi

Dalam bidang falaq,Ibrahim bin Yahya An Naqas yang dikenali dengan Ibn Az Zarqiali (Azarchel) begitu terkemuka.Beliau dapat menentukan waktu gerhana matahari dengan tepat dan tempohnya sekali.

Beliau dapat mencipta astrolobe yang dapat mengukur jarak matahari dengan planet lain di samping dapat mengukur jarak antara bulan dan bumi.Ternyata sekali kiraan yang dibuat oleh Az Zarqiali amat sedikit perbezaan dengan kiraan yang dibuat oleh ulama moden.



Sumber rujukan : Warisan Tamadun Islam
Pengarang : Ustaz Wan Alias Wan Abdullah
                    En.Sayuti Haji Chik Tajudin
                    En. Saleh Osman
                    Ustaz Mahamud Abdul

Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kuala Lumour dan Bahagian Hal Ehwal Islam
Jabatan Perdana Menteri
Kuala Lumpur 1993

Contoh teknologi awal Islam


Ulama yang terkenal dalam bidang ini ialah Abbas bin Farnas.Beliau pernah membuat percubaan untuk terbang di udara seperti burung.Beliau juga berusaha dalam bidang kimia dan falaq.Bolehlah dianggap bahawa beliaulah yang mula-mula menghasilkan kaca daripada batu. 



Jam suria di perkarangan Masjid Uqbah-Qairawan Tunisia


Mihrab Masjid Zaitunah-Tunis,Tunisia


Jam suria di medan Masjid Zaitunah-Tunis,Tunisia





Sumber rujukan : Warisan Tamadun Islam
Pengarang : Ustaz Wan Alias Wan Abdullah
                    En.Sayuti Haji Chik Tajudin
                    En. Saleh Osman

                    Ustaz Mahamud Abdul
Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kuala Lumour dan Bahagian Hal Ehwal Islam
Jabatan Perdana Menteri
Kuala Lumpur 1993

Wednesday, February 10, 2016

Penciptaan kalendar Islam

Sejak kelahirannya,Islam tidak mempunyai kalendar atau taqwim sendiri yang seragam bagi ikutan ummah sebagaimana masyarakat lainnya seperti Parsi, Rom dan Byzantine.Sehubungan itu,Khalifah Umar telah mengadakan perbincangan jemaah kaum Muslimin bagi mengambil ketetapan mengenainya.

Kalendar Rom atau Parsi dikemukakan akan tetapi ditolak mengingat kalendar kedua-dua empayar itu tidak selari dengan identiti Islam, dan nyata sekali tidak bersesuaian.Jadi apakah asas kalendar yang seharusnya diciptakan dengan penyerlahan ciri-ciri Islam?

Segolongan mencadangkan agar kalendar Islam dimulai dari hari kelahiran Rasulullah s.a.w sementara satu pihak lagi mengusulkan supaya permulaan kalendar bertolak dari hari wafatnya Rasulullah s.a.w. Usul yang dikemukakan oleh Ali ibn Abi Talib bagaimanapun,diterima dan dipersetujui oleh jemaah iaitu kalendar Islam hendaklah dimulakan dari hari penghijrahan Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah.





Sumber rujukan :Khulafa' Rasyidin & Daulah Islamiah Abu Bakar As-Siddiq,Umar Al-
                            Khattab,Uthman Ibn Affan,Ali Ibn Talib
                            Pengarang :Haji Mohd Rashad Shamsuddin M.D

Terbitan: Al-Hidayah Publisher,Kuala Lumpur (2003)