Sunday, February 14, 2016

Bila Golongan Sufi Sahaja Yang Aktif


Jika golongan sufi sahaja yang aktif membaiki masyarakat, akan lahirlah masyarakat yang baik dan berakhlak tetapi mundur dan ketinggalan dalam kehidupan. Mereka hanya berjaya menerapkan Islam dalam beberapa aspek kehidupan tetapi tidak membuat kemajuan dan pembangunan. Oleh hal demikian, ramai yang beranggapan sesiapa yang mengamalkan ajaran agama akan mundur, jumud dan beku kehidupannya. Mereka hilang hormat pada golongan yang cuba mendaulatkan syiar Islam dan merasakan bahawa usaha-usaha golongan itu tidak boleh dijadikan sandaran sistem kehidupan Islam. Sedangkan peranan utama mereka bukan sahaja untuk menyelamatkan soal ukhrawi manusia tetapi juga duniawinya.


Bagaimana golongan yang ingin mendaulatkan syiar Islam boleh diterima sebagai penyelamat jika soal-soal teknologi mereka abaikan ditambah pula dengan kehidupan orang yang lebih canggih daripada kehidupan mereka? Lebih malang lagi, kalau kelihatan seperti mereka pula yang patut diselamatkan? Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak dianggap baik orang yang meninggalkan dunia."


Golongan yang ingin mendaulatkan syiar Islam seharusnya menjadi manusia terbaik. Ia dapat memberi manfaat kepada orang lain sesuai dengan sabda Rasulullah SAW:

"Sebaik-baik manusia adalah manusia yang banyak memberi manfaat kepada manusia lain"


Sudah tentulah dengan kepakaran teknologi yang dikuasai mereka, lebih memudahkan mereka memberi manfaat dan khidmat kepada masyarakat.

Sumber:
Tajuk Buku: Arus Kebangkitan Generasi Muda Islam Secara Global
Pengarang: Roslin Syamsuri
Penerbit: PUSTAKA ILMI
Tahun (cetakan pertama): 1998

No comments:

Post a Comment