Wednesday, February 10, 2016

Penciptaan kalendar Islam

Sejak kelahirannya,Islam tidak mempunyai kalendar atau taqwim sendiri yang seragam bagi ikutan ummah sebagaimana masyarakat lainnya seperti Parsi, Rom dan Byzantine.Sehubungan itu,Khalifah Umar telah mengadakan perbincangan jemaah kaum Muslimin bagi mengambil ketetapan mengenainya.

Kalendar Rom atau Parsi dikemukakan akan tetapi ditolak mengingat kalendar kedua-dua empayar itu tidak selari dengan identiti Islam, dan nyata sekali tidak bersesuaian.Jadi apakah asas kalendar yang seharusnya diciptakan dengan penyerlahan ciri-ciri Islam?

Segolongan mencadangkan agar kalendar Islam dimulai dari hari kelahiran Rasulullah s.a.w sementara satu pihak lagi mengusulkan supaya permulaan kalendar bertolak dari hari wafatnya Rasulullah s.a.w. Usul yang dikemukakan oleh Ali ibn Abi Talib bagaimanapun,diterima dan dipersetujui oleh jemaah iaitu kalendar Islam hendaklah dimulakan dari hari penghijrahan Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah.





Sumber rujukan :Khulafa' Rasyidin & Daulah Islamiah Abu Bakar As-Siddiq,Umar Al-
                            Khattab,Uthman Ibn Affan,Ali Ibn Talib
                            Pengarang :Haji Mohd Rashad Shamsuddin M.D

Terbitan: Al-Hidayah Publisher,Kuala Lumpur (2003)


No comments:

Post a Comment